-->

JOOX Trick Bagaimana Mahu Dapatkan Dengar Lagu Secara VIP


Kepada sesiapa yang selalu dengar menggunakan aplikasi JOOX, disini admin mahu share bagaimana mendengar lagu VIP secara percuma. Ikut langkah-langkah dibawah :

1. Download JOOX pada playstore (android)  / app store (ios)
2. Sign guna wechat / facebook ( better guna fb )

Untuk dapatkan VIP status (sah untuk beberapa tempoh masa sahaja)

3. Share lagu pada wechat / facebook (selalu klik pada 'only me' ), so anda punya status tidak terlihat pada timeline kawan-kawan anda.
4. Itu sahaja.
5. Jangan noob sangat.

Salam.

Whatsapp - Masalah Blue Ticks

Makin lama, makin tiada privacy untuk manusia yang menggunakan telefon pintar. Dahulu whatsapp menjadi masalah apabila "last seen" dipaparkan pada apps tersebut, tetapi lama kelamaan "last seen" dapat juga di hide kan.




Kali ini, satu lagi masalah timbul pada whatsapp apabila ia mengeluarkan indicator blue ticks, dimana ia dapat menunjukkan seseorang itu sudah baca text yang dihantar.

Lagi awesome (la sangat), apabila kita dapat tahu info text yang dihantar itu bila sampai dan bila dibaca.

Untuk android : tekan lama-lama (hold) pada text tersebut, dan tekan butang info.
Bagi iphone pula :  tekan lama-lama (hold) pada text tersebut, dan slide ke tepi.




Mungkin selepas ini, whatsapp akan keluarkan indicator baru seperti dibawah :












Apus Launcher - Paling Awesome Buat Masa Kini

Sesiapa yang rasa android dia sudah tidak cantik dan ingin buang dalam tong sampah. Tunggu dulu, pergi ke playstore dan download Apus Launcher. 



Launcher ini paling ringan, senang dan lembut sekali dalam dunia. Habis semua officemates install launcher apus ini, tidak kira android cap ayam hingga bercap-cap. 

Sekiranya anda masih meggunakan GoLauncher, sudah boleh uninstall apps tersebut. App itu sahaja sudah ambil space 30mb. Berat macam batu pula tu. 




Bila sudah install, apps ini akan automatik susun apps anda dalam folder mengikut jenis. Ia juga didatangkan dengan smart booster tersendiri yang memudahkan anda clear cache ram denga satu klik sahaja.

Kalau tidak percaya boleh cuba download sekarang.


" height="94" style="margin-left: auto; margin-right: auto;" title="" width="320" />





Install Android Apps Pada PC






Ingin bermain Clash Of Clan pada laptop atau pc anda? Disini terdapat beberapa langkah untuk menjalakan android platform pada windows bagi menggunakan apps seperti Instagram, COC dan lain-lain.


  1. Download BlueStack app player disini (Windows / OS X 10.6)
  2. Setelah install klik pada search seperti dibawah



    3.  Setelah klik pada search, anda perlu menggunakan google account untuk menjalakan 
         PlayStore. Bukan semua apps boleh digunakan pada BlueStack, ini kerana ia        
         menjalakan Android 2.x.

    

    4. Senarai apps yang ada cari akan keluar, pilih "Install" seperti pada phone untuk 
        download dan digunakan.





5 Apps Yang Boleh Buat Duit

Kebanyakkan apps selalunya ada sampah dan buang masa anda.Tetapi ada juga yang betul-betul boleh dipercayai dan membantu anda untuk kekal produktif. Disini terdapat beberapa apps yang boleh membayar duit teh tarik dan menjana pendapatan sampingan.


Mobee - (iOS/Android)




Swagbucks- (iOS/Android)





Slidejoy (Android)





Snap by Groupon (iOS/Android/Web)




TaskRabbit (iOS/Android/Web)


8 Rahsia Dapatkan Tiket Flight Murah




Tempahan penerbangan adalah mudah dilakukan pada masa ini, tetapi ramai lagi yang tidak tahu bagaimana mendapatkan tiket flight yang murah. 

1. Cuba Peraturan 24jam

Selepas anda menempah tiket flight, check semula pada keesokan harinya sekiranya harga tiket flight tersebut turun.

Sekiranya harga ia turun, telefon syarikat penerbangan tersebut untuk membuat pembatalan dan anda boleh membuat booking semula tanpa penalti.


2. Perjalanan Last-minute

Kita tahu kebanyakan syarikat penerbangan akan mengurangkan harga sekiranya mereka tidak dapat mengisi kapal terbang untuk perjalanan pada minggu yang akan datang.

Pada hari selasa ia akan menghantar email kepada pelanggan yang subscribe dengan syarikat penerbangan tersebut bagi menawarkan flight murah untuk hujung minggu akan datang. Selalunya flight seperti ini akan berlepas pada malam jumaat atau sabtu dan return pada isnin atau selasa.



3. Kejar Tambang Murah, Bukan Destinasi

Pada masa ini terdapat beberapa apps/website yang boleh membuat perbandingan tambang murah seperti cheapflights.com dan kayak.com/explore.

Kita boleh terus melihat harga paling murah, masa, jenis airlines dan lain-lain lagi.


4. Terbang Pada Hari Rabu

Farecompare.com berkata, hari rabu adalah hari yang paling murah untuk membuat penerbangan (bukan baru nak booking) terutamanya untuk perjalanan domestik (selalunya US).

5. Tempah Pada Hari Selasa 3 p.m (Waktu Timur)

Satu kajian oleh Farecompare.com juga, ini adalah masa yang terbaik untuk membeli tiket penerbangan.


6. Semak Twitter dan Facebook

Syarikat Penerbangan telah selalunya mengumumkan tambang murah melalui media sosial, terutama Jet Blue, AirAsia dan lain-lain. Tetapi anda perlu cepat, ini kerana tawaran tersebut boleh habis dalam masa yang singkat.

" If you find something, jump on it," kata John DiScala , yang sering melakukan perjalanan dan menulis tentang itu di JohnnyJet.com .

Beberapa syarikat penerbangan mengumumkan jualan khas untuk Facebook Fans mereka juga.


7. Terbang Dengan Dua Syarikat Penerbangan Berbeza

Kadang-kadang ia berbaloi, pergi naik flight lain, balik naik flight lain. Kebanyakan syarikat penerbangan sekarang menjual tiket flight sehala lagi murah dari dua hala.

Kalau tidak percaya cuba check cheapflights.com.my 

8. Tempah 6 Minggu Lebih Awal

Satu kajian mendedahkan daripada Airlines Reporting Corporation mendapati bahawa masa yang terbaik untuk membeli tiket flight adalah enam (6) minggu sebelum perjalanan.






5 Launcher Untuk Androidian

Si Gila Kelajuan - Nova Launcher


Best Android Launcher Fast Easy Stable Nova Launcher   Which Android Launcher Should You Use? We Compare The Best!

Jika ini adalah kali pertama anda menukar pelancar anda, maka Nova Launcher adalah pertaruhan terbaik anda. Ia cepat , mudah untuk digunakan dan ia tidak pernah crash - sesuatu launcher yang boleh lakukan dari semasa ke semasa. Ia menawarkan pelbagai setting launcher pada Android 4.0 . Ia merupakan laucnher yang terbaik buat masa ini.

Fesyenista - Buzz Launcher

Best Android Launcher Most Gorgeous Buzz Launcher   Which Android Launcher Should You Use? We Compare The Best!


Bagi Telefon Lama  - LauncherPro

Best Android Launcher Works With Old Devices Titan LauncherPro   Which Android Launcher Should You Use? We Compare The Best!



Penggemar Windows 8  - Launcher 8

Best Android Launcher Replacement Launcher 8   Which Android Launcher Should You Use? We Compare The Best!



Penggemar iPhone  - HiLauncher

Best Android Launcher Replacement iOS7 iOS6 Hi Launcher   Which Android Launcher Should You Use? We Compare The Best!

WAZE : GPS Disimpan Di Dalam Almari


Dahulu, Garmin merupakan peranti yang sering bermain dibibir masyarakat apabila ingin membuat satu perjalanan jauh. Kalau cerita pasal Christoper Columbus memang dia akan nangis bila dengar orang sekarang senang mencari penunjuk arah. Hari ni kita bedah sedikit pasal app yang ramai orang guna sebagai GPS mereka di dalam telefon pintar iaitu Waze.

Masa aku mula-mula pakai waze, rasa macam menarik betul apps ni, sebab dalam apps tersebut ada satu komuniti yang boleh report dimana ada kemalangan, road block, kesesakan lalu lintas dan lain-lain lagi.

1 Destinasi, Pelbagai Pilihan Jalan

Lagi satu, kita juga boleh pilih route yang anda ingin gunakan, contoh bila kita dari rumah mahu ke pusat bandaraya, ingin menggunakan jalan yang ada tol atau tidak, atau jalan-jalan lain yang disenaraikan jika ada.
Sekiranya kita tidak biasa menggunakan GPS, kita mungkin akan kata Waze ni “Waste my time betul” sebab kita terlepas simpang disebabkan kita tidak boleh agak jarak simpang di depan mata dengan dalam skrin yang dilihat. Kita tidak tahu jikalau Karamjit Singh pernah guna Waze  atau tidak semasa perlumbaan rally.

Pembangunan Waze 

Waze salah satu apps yang dibangunkan oleh orang Israel ini memang banyak kelebihannya. Jangan kita semua salah anggap, bukan mahu sokong Israel, tetapi apps ini dapat membantu masyarakat kita yang banyak gunakan kenderaan sendiri dari kenderaan awam.
Di highlight kan orang Israel yang develop apps ini bukan apa, sebab ramai sebenarnya orang Malaysia yang handal bab bab pembangunan sistem atau apps tetapi terkenal dengan sifat malas.

Pelbagai Fungsi

Berbalik kepada waze, kita boleh dapat macam-macam info yang di share oleh pengguna jalan raya yang menggunakan waze seperti yang disebut pada awalnya . Kita juga dapat melihat jalan-jalan yang sesak akan bewarna merah dan jalan yang clear akan bewarna biru.
Selain itu, waze ini dapat memberi kiraan masa dan kilometer destinasi dengan tepat sekiranya kita bukan berada di bawah jambatan atau fly over. Teori ini dibuat berasaskan praktikal yang sudah banyak kali dilalui.


Kelemahan

Selain kelemahan waze yang susah untuk mendapatkan signal dengan tepat di bawah jambatan atau fly-over. Waze juga mempunyai kelemahan dimana kita tidak dapat membuat jalan, highway,atau lain-lain seperti yang di quote oleh Samy Vellu “Kalau tidak ada jalan, kita buat jalan, kalau tidak ada sungai kita buat sungai”.

Tagged : Lorong Haji Taib Di Alam Siber


Kali ini kita kupas sedikit mengenai satu aplikasi laman sosial di telefon pintar anda iaitu Tagged. Co-founder Tagged yang berasal dari Taipen, Taiwan dan membesar di McLean, Virginia inilah yang telah membangunkan laman sosial Tagged bersama dengan konco-konconnya. Pada tahun 2004, mereka memperkenalkan pada dunia sememangnya ada juga makhluk seperti Mark Zuckerberg.

Terdapat beberapa kelebihan yang tiada pada media sosial lain

Facebook Login

Seperti app lain juga, facebook login adalah satu kunci yang kuat kepada manusia-manusia di alam siber, kita boleh membuat auto sign in dengan facebook login untuk menuju ke aplikasi ini atau membuat sign up baru menggunakan email. Nampak disitu, Tagged sebernanya cuba mendapatkan tarikkan daripada dunia dengan menggunakan facebook login (ini bukan Da Vinci Code).

Profil Anda Bernilai?

Apabila kita telah memasuki Tagged ini, kita akan mendapati ada nilai pada profil yang diberikan secara automatik. Nilai tersebutlah yang membolehkan kita membuat pembelian rakan-rakan atau stranger untuk dijadikan pet ( bukan anak ikan ).
Disini kita dapat lihat terjadinya konsep jahiliah dimana kita dapat menjadikan seseorang itu sebagai pet / haiwan kesayangan kononnya. Jangan sesekali beranggapan sekiranya kita ingin memerdekakan seseorang hamba, kita boleh menggunakan Tagged untuk memerdekakan rakan-rakan. Teori yang pasti akan ditentang oleh semua pihak.

Kelebihan

Walaupun Tagged adalah laman sosial seperti Facebook ia juga mempunyi kelebihan tersendiri, terdapat beberapa fungsi yang tidak ada pada facebook ialah, kita boleh mencari rakan disekeliling koordinat kita dengan menggunakan GPS, secara tidak langsung boleh berhubung menggunakan chat atau mesej selain mencari anak-ikan (pets).

QuizUp - Game Paling Awesome




Bila tengok app QuizUp ini, excited yang begitu extreme untuk dikupas disebabkan game app yang paling awesome dalam dua tahun ini. Game yang berasaskan kuiz ini memang patut di download oleh pengguna iOS, pohon maaf kepada android-ian kerana mereka masih lagi menumpukan app ini pada iOS.

Macam Best

Bagi penggemar kuiz, app ini bukan macam best lagi dah, tetapi memang best. Terdapat beribu topik yang boleh kita pilih apabila bermain sosial game app ini, tidak kira topik asas mahu pun topik semasa (trending). Quiz up adalah satu game yang mengikut peredaran zaman dari segi kuiz mahupun design.
Ramai die hard fans Harry Potter, Twilight dan lain-lain yang bermain game ini untuk menunjukkan siapa paling handal di dunia, kononnya mereka memang tahu semua pasal Harry Potter atau Twilight.

Beribu topik menarik yang boleh kita pilih

Permainan Sosial

Kita bukan bermain secara standalone, setelah anda memilih topik kegemaran, app ini akan mencari pasangan lawan untuk bermain. Pemenang akan dikira berdasarkan markah dan sekiranya kita mempunyai markah tertinggi di negara atau di dunia dalam topik tersebut, QuizUp akan menobatkan pada profil “Best in Science in Malaysia” atau Best in Bla bla bla in The World” berdasarkan topik yang dimainkan.
Seperti pemilik akaun twitter @nazruliqkhwan, salah seorang yang pernah dinobatkan Best in History in The world dan masih memegang Best in History in Malaysia.

@nazruliqkhwan – Best in History in Malaysia

Grafik Mengancam

Sekiranya kita lihat app ini, QuizUp mempunyai identiti yang tersendiri dari segi rekaan grafik tidak kira app mahupun laman web mereka. Cantik, ringkas dan teratur adalah ciri-ciri rekaan yang mengikut peredaran zaman yang diguna pakai oleh QuizUp.
Di Malaysia, rekaan grafik seperti ini memang jarang sekali ditemui tidak kira mana-mana industri, mereka masih lagi dengan rekaan yang boleh dijadikan fosil atau bahan sejarah.

Tulang Belakang

QuizUp yang dihasilkan oleh PlainVanilla Corporation, San Francisco hanya mempunyai 12 orang krew buat masa kini untuk menghidupkan QuizUp. Mereka masih lagi mencari programmer baru untuk menghidupkan QuizUp dan membuat rekaan game, kepada sesiapa yang rasa ingin mencuba nasib, boleh mohon kerja dengan PlainVanilla – (http://www.plainvanilla.is)

Perlu Ke Download?

Mungkin Sir Issac Newton, seorang yang gemar dengan persoalan yang rare tidak akan dikenali kerana teori graviti sekiranya beliau duduk dibawah pokok epal sambil bermain QuizUp menggunakan produk Apple (iPhone), ini kerana daya tarikan QuizUp yang begitu menarik dapat menghiraukan buah epal yang jatuh di sebelahnya.