-->

QuizUp - Game Paling Awesome




Bila tengok app QuizUp ini, excited yang begitu extreme untuk dikupas disebabkan game app yang paling awesome dalam dua tahun ini. Game yang berasaskan kuiz ini memang patut di download oleh pengguna iOS, pohon maaf kepada android-ian kerana mereka masih lagi menumpukan app ini pada iOS.

Macam Best

Bagi penggemar kuiz, app ini bukan macam best lagi dah, tetapi memang best. Terdapat beribu topik yang boleh kita pilih apabila bermain sosial game app ini, tidak kira topik asas mahu pun topik semasa (trending). Quiz up adalah satu game yang mengikut peredaran zaman dari segi kuiz mahupun design.
Ramai die hard fans Harry Potter, Twilight dan lain-lain yang bermain game ini untuk menunjukkan siapa paling handal di dunia, kononnya mereka memang tahu semua pasal Harry Potter atau Twilight.

Beribu topik menarik yang boleh kita pilih

Permainan Sosial

Kita bukan bermain secara standalone, setelah anda memilih topik kegemaran, app ini akan mencari pasangan lawan untuk bermain. Pemenang akan dikira berdasarkan markah dan sekiranya kita mempunyai markah tertinggi di negara atau di dunia dalam topik tersebut, QuizUp akan menobatkan pada profil “Best in Science in Malaysia” atau Best in Bla bla bla in The World” berdasarkan topik yang dimainkan.
Seperti pemilik akaun twitter @nazruliqkhwan, salah seorang yang pernah dinobatkan Best in History in The world dan masih memegang Best in History in Malaysia.

@nazruliqkhwan – Best in History in Malaysia

Grafik Mengancam

Sekiranya kita lihat app ini, QuizUp mempunyai identiti yang tersendiri dari segi rekaan grafik tidak kira app mahupun laman web mereka. Cantik, ringkas dan teratur adalah ciri-ciri rekaan yang mengikut peredaran zaman yang diguna pakai oleh QuizUp.
Di Malaysia, rekaan grafik seperti ini memang jarang sekali ditemui tidak kira mana-mana industri, mereka masih lagi dengan rekaan yang boleh dijadikan fosil atau bahan sejarah.

Tulang Belakang

QuizUp yang dihasilkan oleh PlainVanilla Corporation, San Francisco hanya mempunyai 12 orang krew buat masa kini untuk menghidupkan QuizUp. Mereka masih lagi mencari programmer baru untuk menghidupkan QuizUp dan membuat rekaan game, kepada sesiapa yang rasa ingin mencuba nasib, boleh mohon kerja dengan PlainVanilla – (http://www.plainvanilla.is)

Perlu Ke Download?

Mungkin Sir Issac Newton, seorang yang gemar dengan persoalan yang rare tidak akan dikenali kerana teori graviti sekiranya beliau duduk dibawah pokok epal sambil bermain QuizUp menggunakan produk Apple (iPhone), ini kerana daya tarikan QuizUp yang begitu menarik dapat menghiraukan buah epal yang jatuh di sebelahnya.

Share
Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.

LATEST ARTICLES