-->

Tagged : Lorong Haji Taib Di Alam Siber


Kali ini kita kupas sedikit mengenai satu aplikasi laman sosial di telefon pintar anda iaitu Tagged. Co-founder Tagged yang berasal dari Taipen, Taiwan dan membesar di McLean, Virginia inilah yang telah membangunkan laman sosial Tagged bersama dengan konco-konconnya. Pada tahun 2004, mereka memperkenalkan pada dunia sememangnya ada juga makhluk seperti Mark Zuckerberg.

Terdapat beberapa kelebihan yang tiada pada media sosial lain

Facebook Login

Seperti app lain juga, facebook login adalah satu kunci yang kuat kepada manusia-manusia di alam siber, kita boleh membuat auto sign in dengan facebook login untuk menuju ke aplikasi ini atau membuat sign up baru menggunakan email. Nampak disitu, Tagged sebernanya cuba mendapatkan tarikkan daripada dunia dengan menggunakan facebook login (ini bukan Da Vinci Code).

Profil Anda Bernilai?

Apabila kita telah memasuki Tagged ini, kita akan mendapati ada nilai pada profil yang diberikan secara automatik. Nilai tersebutlah yang membolehkan kita membuat pembelian rakan-rakan atau stranger untuk dijadikan pet ( bukan anak ikan ).
Disini kita dapat lihat terjadinya konsep jahiliah dimana kita dapat menjadikan seseorang itu sebagai pet / haiwan kesayangan kononnya. Jangan sesekali beranggapan sekiranya kita ingin memerdekakan seseorang hamba, kita boleh menggunakan Tagged untuk memerdekakan rakan-rakan. Teori yang pasti akan ditentang oleh semua pihak.

Kelebihan

Walaupun Tagged adalah laman sosial seperti Facebook ia juga mempunyi kelebihan tersendiri, terdapat beberapa fungsi yang tidak ada pada facebook ialah, kita boleh mencari rakan disekeliling koordinat kita dengan menggunakan GPS, secara tidak langsung boleh berhubung menggunakan chat atau mesej selain mencari anak-ikan (pets).

Share
Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.

LATEST ARTICLES