-->

WAZE : GPS Disimpan Di Dalam Almari


Dahulu, Garmin merupakan peranti yang sering bermain dibibir masyarakat apabila ingin membuat satu perjalanan jauh. Kalau cerita pasal Christoper Columbus memang dia akan nangis bila dengar orang sekarang senang mencari penunjuk arah. Hari ni kita bedah sedikit pasal app yang ramai orang guna sebagai GPS mereka di dalam telefon pintar iaitu Waze.

Masa aku mula-mula pakai waze, rasa macam menarik betul apps ni, sebab dalam apps tersebut ada satu komuniti yang boleh report dimana ada kemalangan, road block, kesesakan lalu lintas dan lain-lain lagi.

1 Destinasi, Pelbagai Pilihan Jalan

Lagi satu, kita juga boleh pilih route yang anda ingin gunakan, contoh bila kita dari rumah mahu ke pusat bandaraya, ingin menggunakan jalan yang ada tol atau tidak, atau jalan-jalan lain yang disenaraikan jika ada.
Sekiranya kita tidak biasa menggunakan GPS, kita mungkin akan kata Waze ni “Waste my time betul” sebab kita terlepas simpang disebabkan kita tidak boleh agak jarak simpang di depan mata dengan dalam skrin yang dilihat. Kita tidak tahu jikalau Karamjit Singh pernah guna Waze  atau tidak semasa perlumbaan rally.

Pembangunan Waze 

Waze salah satu apps yang dibangunkan oleh orang Israel ini memang banyak kelebihannya. Jangan kita semua salah anggap, bukan mahu sokong Israel, tetapi apps ini dapat membantu masyarakat kita yang banyak gunakan kenderaan sendiri dari kenderaan awam.
Di highlight kan orang Israel yang develop apps ini bukan apa, sebab ramai sebenarnya orang Malaysia yang handal bab bab pembangunan sistem atau apps tetapi terkenal dengan sifat malas.

Pelbagai Fungsi

Berbalik kepada waze, kita boleh dapat macam-macam info yang di share oleh pengguna jalan raya yang menggunakan waze seperti yang disebut pada awalnya . Kita juga dapat melihat jalan-jalan yang sesak akan bewarna merah dan jalan yang clear akan bewarna biru.
Selain itu, waze ini dapat memberi kiraan masa dan kilometer destinasi dengan tepat sekiranya kita bukan berada di bawah jambatan atau fly over. Teori ini dibuat berasaskan praktikal yang sudah banyak kali dilalui.


Kelemahan

Selain kelemahan waze yang susah untuk mendapatkan signal dengan tepat di bawah jambatan atau fly-over. Waze juga mempunyai kelemahan dimana kita tidak dapat membuat jalan, highway,atau lain-lain seperti yang di quote oleh Samy Vellu “Kalau tidak ada jalan, kita buat jalan, kalau tidak ada sungai kita buat sungai”.

Share
Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.

LATEST ARTICLES