Tempahan penerbangan adalah mudah dilakukan pada masa ini, tetapi ramai lagi yang tidak tahu bagaimana mendapatkan tiket flight yang murah.
1. Cuba Peraturan 24jam
Selepas anda menempah tiket flight, check semula pada keesokan harinya sekiranya harga tiket flight tersebut turun.
Sekiranya harga ia turun, telefon syarikat penerbangan tersebut untuk membuat pembatalan dan anda boleh membuat booking semula tanpa penalti.
2. Perjalanan Last-minute
Kita tahu kebanyakan syarikat penerbangan akan mengurangkan harga sekiranya mereka tidak dapat mengisi kapal terbang untuk perjalanan pada minggu yang akan datang.
Pada hari selasa ia akan menghantar email kepada pelanggan yang subscribe dengan syarikat penerbangan tersebut bagi menawarkan flight murah untuk hujung minggu akan datang. Selalunya flight seperti ini akan berlepas pada malam jumaat atau sabtu dan return pada isnin atau selasa.
3. Kejar Tambang Murah, Bukan Destinasi
Pada masa ini terdapat beberapa apps/website yang boleh membuat perbandingan tambang murah seperti cheapflights.com dan kayak.com/explore.
Kita boleh terus melihat harga paling murah, masa, jenis airlines dan lain-lain lagi.
4. Terbang Pada Hari Rabu
Farecompare.com berkata, hari rabu adalah hari yang paling murah untuk membuat penerbangan (bukan baru nak booking) terutamanya untuk perjalanan domestik (selalunya US).
5. Tempah Pada Hari Selasa 3 p.m (Waktu Timur)
Satu kajian oleh Farecompare.com juga, ini adalah masa yang terbaik untuk membeli tiket penerbangan.
6. Semak Twitter dan Facebook
Syarikat Penerbangan telah selalunya mengumumkan tambang murah melalui media sosial, terutama Jet Blue, AirAsia dan lain-lain. Tetapi anda perlu cepat, ini kerana tawaran tersebut boleh habis dalam masa yang singkat.
" If you find something, jump on it," kata John DiScala , yang sering melakukan perjalanan dan menulis tentang itu di JohnnyJet.com .
Beberapa syarikat penerbangan mengumumkan jualan khas untuk Facebook Fans mereka juga.
7. Terbang Dengan Dua Syarikat Penerbangan Berbeza
Kadang-kadang ia berbaloi, pergi naik flight lain, balik naik flight lain. Kebanyakan syarikat penerbangan sekarang menjual tiket flight sehala lagi murah dari dua hala.
Kalau tidak percaya cuba check cheapflights.com.my
8. Tempah 6 Minggu Lebih Awal
Satu kajian mendedahkan daripada Airlines Reporting Corporation mendapati bahawa masa yang terbaik untuk membeli tiket flight adalah enam (6) minggu sebelum perjalanan.