Post kali ini pasal orang buat bisnes MLM. Jangan baca kalau benci sangat pasal MLM ini. Kebanyakan orang benci sangat MLM ini disebabkan tidak pernah berjaya, upline penipu, kena pancing tidak jual produk la, tidak perlu cari orang la.
1) Baru Cerita Sikit
Kadang-kadang kita perlu fikir bisnes apa yang tidak perlu cari orang, tidak perlu jual produk. Bullshit la kalau ada, anda nak makan pun kena pergi kedai beli barang pastu masak, kalau tidak masak pun makan di kedai saja. Yang jual makanan, yang beli makanan itu bukan orang? Makanan itu bukan produk?
Kalau mahu bisnes tidak perlu cari orang duduk dalam hutan deal dengan binatang, atau tidak perlu jual produk jangan buat bisnes.
2) Cari Pendapatan Sampingan
Pada zaman ekonomi macam ini, gaji rm2k pun sesak lagi. Kalau duduk KL bayar sewa rumah, duit minyak, tol, makan (tu pun kena bajet) memang sakit.
Silap-silap rumah kosong saja, mak ayah datang melawat tengok pintu kopak, dinding kopak, ingatkan kena pecah rupanya anak dia makan pintu sikit untuk breakfast, dinner pula makan dinding.Sesak punya pasal.
Mula la tengok iklan-iklan untuk jana pendapatan. (tetapi tak nak buat MLM, sebab serik kena tipu)
Credit to mazidulakmal.com |
3) Ini Cerita Pasal Anda
Sebab apa kena tipu?, anda terima bulat-bulat tanpa berfikir panjang, (waa bestnya) dalam kepala otak anda. Orang yang cerita pasal MLM itu asyik cerita pasal duit, duit, duit dan duit. Mana produknya?, kalau tanya baru la cerita sikit pasal produk.
Anda perlu tahu latar belakang syarikat, produk jualan, dan benefits yang anda dapat. Bukan terima bulat-bulat. Kalau syarikat jual tahi? siapa mahu beli?, sudah tentu anda pun tidak mahu simpan.
Banyakan buat research di internet, tetapi anda perlu ingat, berapa ramai yang tidak suka MLM macam anda. Pemikiran anda akan berubah pula. Sebab itu kita perlu senaraikan baik buruk sesuatu benda sebelum bertindak.
Contoh kalau syarikat jual produk kesihatan, lebih lagi untuk perempuan. Sekiranya anda tidak berjaya cari orang untuk jadi downline, at least anda masih boleh jual produk tersebut untuk cari semula modal. (research dulu market price produk)
4) Si Upline
Si upline ini selalunya sudah banyak income hasil dari jualan MLM. Bukan semua upline yang bagus dan bukan semua upline yang tidak mahu menolong anda. Membuat sesuatu benda mesti ada skill, perkara yang perlu anda asah.
Orang yang skill tetapi pemalas, sedangkan orang tidak ada skill tetapi rajin, lama kelamaan orang yang rajin itu boleh lawan si pemalas.
Upline akan cerita pasal apa yang dia telah dapat dalam program yang dia buat, dan cerita sedikit pasal latar belakang selain bagi tahu bagaimana dia boleh guna Mercedes Benz A200 dan sebagainya.
Ada juga upline yang jenis pembongak (penipu), cerita pumpang-pumpang tetapi dia pun pemalas. (Jenis yang pentingkan diri sendiri)
Ada juga yang jenis memang niat mahu tolong siap letakkan downline sikit sekiranya anda masuk. Sebab itu anda perlu research sesuatu benda sebelum bertindak.
5) Senarai MLM Yang Boleh Anda Masuk
Kalau mahu senarai tersebut, minta maaf. Disini anda perlu membuat research sendiri, berfikir, dan bertindak. Anda perlu ingat, manusia perlu bergantung sesama sendiri. Semua benda ada pros and cons.
Post akan datang admin akan cerita benda lagi penting. Sekian terima kasih.