-->

Orang kita gaji RM2.6juta

Suka sangat dengan duit. Terus rasa nal baca. Puii.


Kita diajar untuk bersyukur dengan apa yang ada, itu bagus. Kita juga diajar untuk bekerja keras. Tetapi kenapa kita malas? Adakah disebabkan kita selesa?
Sampai satu tahap kita dilabel pemalas. Memang betul pun, orang kita ni rajin tak kena tempat. Rajin komen sahaja, rajin bash orang, rajin cari salah orang. Bekerja makan gaji bulan2 siap buat personal loan belagak kaya.

Orang bangla ni dah la merantau, kerja gaji sebulan RM1200 siap bagi duit lagi kat kampung. Kerja dari pagi sampai petang setiap bulan. Tambah lagi duit part time potong rumput rm400-1000/bulan. (Yeke dapat rm1000? Mindset orang kita yang malas fikir, asyik yeke yeke)

#Sombong
Orang kita sombong, kerja keras sikit, bawah panas malu. Rasa macam keji sangat. Jual maruah jual harta pusaka tak malu? Angan angan boleh jadi kenyataan kalau usaha dan doa berterusan. Kalau yeke yeke baik tak payah pergi sekolah.

#Senang
Nak duit dengan cara senang, kalau boleh baring je dapat duit. Memang ada pun, tetapi itu pun kene ada usaha juga. Bukan terus baring. On pc start trading pastu baring. Bukan on pc tengok movie je.

#Degree
Ada degree tetapi 8 tahun menganggur? Orang yg xde degree kerja dari habes sekolah dah beli rumah dan beli kereta.
8 tahun menganggur just ada telur dgn hutang PTPTN je la. Jangan terlalu harapkan degree untuk cari kerja best2.


#SetupBiznes
Ingat nak meniaga la, tapi saya takde modal.Pastu duduk fikir macam mana nak buat loan untuk bisnes. Loan loan loan. Dah la ptptpn x bayar nak tambah hutang lagi. Pergi la cari cara lain untuk dapatkan modal.

Saja nak mengingatkan diri kita yang masih lemah & mundur, x layak pandang KLCC kalau x reti nak fikir & usaha tinggi menara tu.





8 Perniagaan Yang Gagal Sebelum Berjaya


Kebanyakan ahli perniagaan yang terkenal di seluruh dunia pada masa kini memulakan bisnes mereka dengan susah.

Henry Ford

1. Henry Ford: 

Walaupun pada hari ini Ford terkenal dengan salah satu barisan inovatif bagi pemasangan dan kereta buatan Amerika. Ia bukanlah satu kejayaan yang datang dengan mudah.
Beliau telah gagal sebanyak 5 kali sebelum dia memiliki Syarikat Ford Motor.



Macy's Store

2. R. H. Macy: 

Ramai orang yang tahu Macy adalah satu kedai yang besar menjual pelbagai barang di US. Beliau gagal sebanyak 7 kali sebelum menjadi syarikat yang besar di Bandar New York.








3. F. W. Woolworth: 

Woolworth adalah satu pasaraya besar yang berada di US, tidak ramai yang tahu akan nama ini kecuali di US. Sebelum dia memulakan bisnes sendiri, dia bekerja di sebuah
kedai yang menjual barang kering. Boss kepada woolworth melarang dia berinteraksi dengan pelanggan atas alasan dia lembap.





4. Soichiro Honda: 

Honda salah satu multi-bilion dollar bisnes yang bermula dengan beberapa siri kegagalan sebelum berjaya. Beliau ditolak oleh Toyota Motor Corporation semasa interview bagi jawatan jurutera dan menganggur beberapa lama. 
Beliau mula membuat skuter sendiri di rumah, dan didorong oleh jiran-jiran beliau, akhirnya memulakan perniagaan sendiri.








5. Akio Morita: 

Anda mungkin tidak pernah mendengar daripada Morita tetapi anda pasti mendengar tentang syarikatnya, Sony. Produk pertama Sony adalah periuk nasi yang malangnya tidak masak dengan betul seakan-akan hangus.

Jualan periuk nasi tersebut kurang daripada 100 unit. Cabaran ini tidak menghalang Morita dan rakan-rakannya, kerana mereka ditolak ke hadapan untuk mewujudkan sebuah syarikat bernilai berbilion dolar.








6. Bill Gates: 

Gates tidak kelihatan seperti golongan untuk orang yang berjaya selepas tercicir daripada Universiti Harvard. Traf-O-Data yang gagal adalah perniagaan pertama bersama temannya Paul Allen. Walaupun idea awal ini tidak berfungsi, ia bukan penghalang bagi Gates yang kemudiannya mewujudkan empayar global iaitu Microsoft.




7. Harland David Sanders: 

Mungkin lebih dikenali sebagai Kolonel Sanders kemasyhuran Kentucky Fried Chicken, Sanders mempunyai masa yang sukar menjual ayam pada mulanya. Malah, resipi ayam rahsianya terkenal ditolak 1,009 kali sebelum restoran menerimanya.






8. Walt Disney: 

Hari ini Disney menjana berbilion-bilion dolar dari hasil barang dagangan, filem dan taman tema di seluruh dunia, tetapi Walt Disney sendiri mempunyai sedikit permulaan yang susah. Beliau dipecat oleh editor akhbar kerana, "dia tidak mempunyai imaginasi dan tidak mempunyai idea-idea yang baik."

Selepas itu, Disney memulakan beberapa perniagaan yang tidak bertahan terlalu lama dan berakhir dengan kebankrapan dan kegagalan. Dia tetap mencuba beberapa kali untuk menaikkan nama dan akhirnya menjumpai resipi untuk kejayaan perniagaannya.




MLM - Tolong Jangan Baca Kalau Benci MLM

Post kali ini pasal orang buat bisnes MLM. Jangan baca kalau benci sangat pasal MLM ini. Kebanyakan orang benci sangat MLM ini disebabkan tidak pernah berjaya, upline penipu, kena pancing tidak jual produk la, tidak perlu cari orang la.


1) Baru Cerita Sikit

Kadang-kadang kita perlu fikir bisnes apa yang tidak perlu cari orang, tidak perlu jual produk. Bullshit la kalau ada, anda nak makan pun kena pergi kedai beli barang pastu masak, kalau tidak masak pun makan di kedai saja. Yang jual makanan, yang beli makanan itu bukan orang? Makanan itu bukan produk?

Kalau mahu bisnes tidak perlu cari orang duduk dalam hutan deal dengan binatang, atau tidak perlu jual produk jangan buat bisnes.

2) Cari Pendapatan Sampingan

Pada zaman ekonomi macam ini, gaji rm2k pun sesak lagi. Kalau duduk KL bayar sewa rumah, duit minyak, tol, makan (tu pun kena bajet) memang sakit. 

Silap-silap rumah kosong saja, mak ayah datang melawat tengok pintu kopak, dinding kopak, ingatkan kena pecah rupanya anak dia makan pintu sikit untuk breakfast, dinner pula makan dinding.Sesak punya pasal.

Mula la tengok iklan-iklan untuk jana pendapatan. (tetapi tak nak buat MLM, sebab serik kena tipu)

Credit to mazidulakmal.com


3) Ini Cerita Pasal Anda

Sebab apa kena tipu?, anda terima bulat-bulat tanpa berfikir panjang, (waa bestnya) dalam kepala otak anda. Orang yang cerita pasal MLM itu asyik cerita pasal duit, duit, duit dan duit. Mana produknya?, kalau tanya baru la cerita sikit pasal produk.

Anda perlu tahu latar belakang syarikat, produk jualan, dan benefits yang anda dapat. Bukan terima bulat-bulat. Kalau syarikat jual tahi? siapa mahu beli?, sudah tentu anda pun tidak mahu simpan.

Banyakan buat research di internet, tetapi anda perlu ingat, berapa ramai yang tidak suka MLM macam anda. Pemikiran anda akan berubah pula. Sebab itu kita perlu senaraikan baik buruk sesuatu benda sebelum bertindak.

Contoh kalau syarikat jual produk kesihatan, lebih lagi untuk perempuan. Sekiranya anda tidak berjaya cari orang untuk jadi downline, at least anda masih boleh jual produk tersebut untuk cari semula modal. (research dulu market price produk)



4) Si Upline 

Si upline ini selalunya sudah banyak income hasil dari jualan MLM. Bukan semua upline yang bagus dan bukan semua upline yang tidak mahu menolong anda. Membuat sesuatu benda mesti ada skill, perkara yang perlu anda asah. 

Orang yang skill tetapi pemalas, sedangkan orang tidak ada skill tetapi rajin, lama kelamaan orang yang rajin itu boleh lawan si pemalas.

Upline akan cerita pasal apa yang dia telah dapat dalam program yang dia buat, dan cerita sedikit pasal latar belakang selain bagi tahu bagaimana dia boleh guna Mercedes Benz A200 dan sebagainya. 

Ada juga upline yang jenis pembongak (penipu), cerita pumpang-pumpang tetapi dia pun pemalas. (Jenis yang pentingkan diri sendiri)

Ada juga yang jenis memang niat mahu tolong siap letakkan downline sikit sekiranya anda masuk. Sebab itu anda perlu research sesuatu benda sebelum bertindak.



5) Senarai MLM Yang Boleh Anda Masuk

Kalau mahu senarai tersebut, minta maaf. Disini anda perlu membuat research sendiri, berfikir, dan bertindak. Anda perlu ingat, manusia perlu bergantung sesama sendiri. Semua benda ada pros and cons.

Post akan datang admin akan cerita benda lagi penting. Sekian terima kasih.











5 Sebab Duit Gaji Tak Pernah Cukup dan 10 Tips Murah Rezeki





1. Gaya hidup meningkat.

Waktu pertama kali bekerja transport anda ialah bas, kereta api, setelah bekerja beberapa tahun, beralih menjadi taksi. Bila dulu tidak suka ngopi, sekarang hangout di coffee shop bersama teman-teman adalah jadual rutin setiap Jumaat. Ini yang terjadi pada banyak orang. Terutamanya, penjawat awam.


Cyril Northcote Parkinson penulis buku Parkinson's Law mengatakan semakin besar penghasilan seseorang maka dia cenderung meningkatkan cara dan gaya hidupnya.



Akibatnya, pengeluaran pun bertambah seiring dengan peningkatan penghasilan. Apalagi jika peningkatan pengeluaran melebihi kenaikan gaji. Misalnya gaji hanya naik 10 % sementara pengeluaran bertambah menjadi 10-20 % . Bila terjadinya keadaan seperti ini, seberapa besar pun gaji Anda, tidak akan pernah cukup!



2. Tiba-tiba menjadi penting.

Saat terjadi kenaikan gaji biasanya yang juga naik adalah keinginan terhadap sesuatu. Padahal, ketika gaji belum naik, keinginan itu tidak muncul.


Misal, saat gaji RM1500, Anda tak melirik gadget tertentu karana menganggap tidak penting dan tidak cukup duit. Tapi begitu gaji naik dua kali ganda, tiba-tiba saja Anda merasa gadget tersebut menjadi penting. Mengapa? Karana ada dana yang memungkinkan untuk membelinya. Padahal itu hanya keinginan bukan kepentingan. Kepentingan adalah kita tidak produktif bila tidak memiliki suatu benda tertentu. Bila dengan gadget tersebut mampu memudahkan pekerjaan dan membuat Anda lebih produktif, boleh saja mengalokasikan (allocate)  dana untuk memilikinya.



3. Lebih enak dibelanjakan daripada ditabung.



Niat sebelum mendapat gaji adalah menabung dan investasi, namun niat ini terabai begitu sahaja apabila gaji sudah berada di tangan. Tiba-tiba saja Anda merasa sayang mengeluarkan uang untuk menyiapkan masa depan.  menabung? Nanti kalau ada sisa. investasi? Sayang, bulan depan saja. Selalu ada alasan untuk menunda niat ini.



Mengapa berubah pikiran? Karana belanja jauh lebih menyenangkan daripada menabung. Ketika belanja, Anda akan mendapatkan handbags, kasut, baju dan lainnya. Sedangkan kalau ditabungkan, Anda tak melihat barangnya.



Memilih barang saat belanja juga memberikan kenikmatan tersendiri. Begitu menyenangkan sampai kerap tak sadar telah menghabiskan Wang di dompet. Akhirnya ketika ada keperluan yang benar-benar penting, kewangan menipis dan merasa gaji tak pernah mencukupi.



4. Dihabiskan di depan.



Begitu semua kewajiban atau tagihan rutin sudah dibayarkan, Anda lantas asal mengeluarkan Wang. Atau begitu menerima gaji, perlanja jadi longgar. Di tengah bulan, Anda boleh metutup mata melihat tawaran sale, tapi apabila hari terima gaji, selalu ada alasan untuk membeli apa saja di depan mata. 

Karana harga murah, barangnya koleksi terbatas, modelnya menarik. Jika ini terjadi pada Anda, jangan hairan jika gaji tidak cukup hingga ke gaji berikutnya.


5. Kenaikan tak sebanding dengan inflasi.



Kalau sudah berhemat dan mengencangkan ikat pinggang tapi gaji tak cukup juga, kemungkinan besar karena kenaikan gaji tak sebanding dengan kenaikan inflasi. Kalau kenaikan inflasi saja misalnya 15 persen, kenaikan gaji per tahunnya hanya 10 persen, jelas tidak akan mengejar kebutuhan. 







tips murah rezeki hanis haizi
1)Beribadah - Solat 5 waktu

Perkara yang paling wajib sekali buat kaum muslim semua, sembahyang 5 waktu jangan sesekali tinggal. Even tho sometimes boleh terlupa or tertinggal try practise jangan tinggal selagi kita mampu. Sebab kita minta rezeki dari Allah, yang wajib pun kita tak buat jadi rasa-rasa Allah nak kenankan doa kita tak?


2)Tinggalkan perbuatan DOSA

Dosa bukan sahaja buat hati kita resah malahan tertutup pintu rezeki. Mengumpat, busuk hati , buruk sangka, dan sikap iri hati tu pun antara perbuatan boleh mendatangkan dosa. Bila nak dapat rezeki lebih, kita mesti sentiasa bersihkan hati kita.. jangan cepat rasa dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab tu sometimes some people rezeki ada tapi tak pernah cukup or puas.


3) Beristighfar

Bila dilanda masalah, always remember Allah sendang menguji kita. SABAR! Hanis banyak dilanda tomahan, kata-kata keji oleh orang sekeliling, and at one point it almost come to my breaking point, but at that time I remember no one stood by me but Allah. Tiap-tiap saat berdoa pada Allah berikan kekuatan dan lindungi kita


4)Berbakti pada orang sekeliling

Orang sekeliling ni termasuk family kita, mahu pun orang luar. For me my knowledge is the way for me to help others so that they will gain the same thing too. I help my partners to develop their business, saling bantu membantu. And as a leader kita tidak boleh pentingkan diri sendiri.


5)Berusaha

Siapa yang berusaha pasti akan dapat, itu Sunnahtullah. 
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, jika dia sendir yang ubahnya. Jika kita mahukan sesuatu yang berbeza jangan berharap jika kita lakukan perkara yang sama. Kita mesti tahu usaha yang kita bagi tu setimpal tak dengan apa yang kita harapkan? Ramai yang nak rezeki lebih, tapi cakap je lebih usahanya kurang.


6)Bertawakal

Konsep bertawakal ni datang bila akhir sekali setelah kita berusaha yang terbaik mati-matian, buka baru usaha sikit dah tawakkal. Tawakkal means kita berserah kepada Allah. Because Allah knows best!! I still remember macam mana hanis nak qualify my first trip to Tokyo dulu. Company bagi time duration 4 month period, during the final month tu macam-macam cabaran yang hanis terima dengan anak sakit keluar masuk hospital, leader tinggalkan hanis, anak tak ada orangjaga , suami pula bising kita buat bisness.. tapi hanis tetap BERTAHAN dan Berserah kepada Allah. ALhamdullilah hanis terus qualify! 


7) Bersedekah

Membantu orang yang kurang upaya, kurang mampu. This one jadikan amalan hari-harian. Sesungguhnya kebajikan itu memberikan kekuatan dalam hati, murah rezeki dan kekuatan jasad.


8)Konsep Bersyukur

Banyak atau sikit, kita kena sentiasa bersyukur. Jika sedikit pun takpe itu rezeki kita untuk bulan ni, janganlah berputus asa ataupun cakap bukan rezekiku disini. Sometimes Allah wants us to remember macam mana rasa bila dapat sedikit mahupun banyak. Apa pun rezeki Allah luas, dan ingat Allah tidak Zalim!


9) Rajin Berdoa

Jadikan amalan setiap hari, setiap waktu solat untuk berdoa. Doa akan mendekatkan diri kita dengan Allah. 



10)Solat Dhuha 

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa
keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan 
mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "


(Surah At Talaq ayat 2- 3)

sources: HanisHaizi.com