Kenapa baca? Nak tahu sangat senang ke susah atau nak kondem?
Kalau dulu,mesti mak bapak korang pernah cakap :
"Belajar rajin-rajin, nanti senang dapat masuk kerajaan. Kerja gomen ni (kerajaan) senang, masuk pagi keluar petang"
Disebabkan dengan perkataan "Senang", ramai yang bertungkus-lumus sampai meletakkan pepatah "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" atas dada masing-masing semasa bergelar student.
Ada juga yang malas belajar, tetapi ada masa depan. Sudah set awal-awal lagi, jadi PA pun tidak apa,kerja kerajaan juga, senang juga nanti.
Penjawat Awam
Bila sudah dapat bergelar penjawat awam (tetap bukan kontrak), maka terbuktilah kesenangannya dengan dapat membuka FB, baca majalah resepi, sampai yang ada sempat update blog meniaga online. Update instagram siap selfie lagi tu.
Orang tidak akan marah kalau mahu meniaga, tetapi sedarlah sikit, apa sebenarnya jawatan kau? kenapa kau ada kat office ni? Mana kerja yang kau patut siapkan tu?. Kerja hakiki pun tidak selesai siap boleh meniaga online lagi guna harta benda kerajaan.
Itu belum masuk yang hentam kerajaan pakai internet office.
Mentaliti Senang
"Malas aku nak buat, pandailah boss aku bagi kerja kat orang lain kalau dia nak cepat sangat, budak kontrak kan ada" - kata si Tetap
Inilah dia "Senang" yang disalah ertikan tu. Disebabkan rasa diri tu Tetap, timbul perasaan malas dihati. Kenapa tidak buang sahaja orang macam ini? Penjawat Awam sendiri tahu akan perkara ini. Prosedur untuk mengambil tindakan tatatertib mengambil masa yang agak lama.
Boss pula, pening kepala banyak benda lagi penting untuk diselesaikan. Kadang-kadang terlepas pandang kes-kes kononnya remeh temeh ini. Kesian pula orang yang rajin, boss beri kepercayaan pada dia, dan bagi tanggungjawab untuk selesaikan kerja yang sepatutnya si malas ini buat.
Kenaikan Gaji, Bonus & Pencen
"Alaaa... aku macam ni pun, ada juga increment setiap tahun, bonus pun tak pernah miss"
- kata si Tetap
Disebabkan pemikiran kolot seperti inilah yang menjahanamkan organisasi. Agak-agak kalau sudah malas, berhenti sajalah, ramai lagi graduan yang tidak dapat kerja, dapat kerja kerajaan pun kontrak saja.
Kerajaan amat prihatin tentang penjawat awam, kenaikan gaji ada, bonus ada, pencen pun ada. Kalau kerja dengan swasta, apa yang dilihat adalah performance, dan output yang baik sebelum gaji dinaikkan, atau diberi bonus. Pencen jangan ceritalah memang tidak ada.
Ubahla Mentaliti Itu
Kepada belia-belia yang ingin kerja Kerajaan, setkan mentaliti anda betul-betul, tanggungjawab anda sebagai pekerja. Cuba lihat negara maju, cuba lihat negara kita. Sampai bila mahu "senang" macam ini. Kalau sudah tua memang susah mahu berubah, biarkanlah si Tetap yang tua itu menunggu saat-saat pencen.
Bila dapat sesuatu kesenangan itu, lihat semula diri kita, fikirkanlah dimana tanggungjawab dan keberkatan tersebut.