Berikut adalah sepuluh tips pemasaran untuk menarik lebih ramai pelanggan.
#1 Gunakan Headline Yang Kuat
Tajuk atau headline yang kuat adalah penting bagi pembaca. Fikirkan sesuatu tajuk yang sesuai dengan produk anda bagi membuatkan pelanggan tertanya-tanya sehingga contact anda.
#2 Fokus pada Target Customer
Anda perlu ada target audience yang boleh menguatkan lagi perniagaan anda. Sediakan profil pelangan anda bagi memudahkan promosi dibuat.
#3 Promosi
Setelah anda mempunyai profil pelanggan tersendiri. Sediakan promosi yang boleh menarik minat pelanggan. Anda perlu mengenal pasti apa yang pelanggan anda mahu.
#4 Menjual Faedah (Hasil/Output) Bukan Ciri-ciri
Apabila membuat sesuatu promosi/iklan, tunjukkan faedah atau output produk anda. Sebagai contoh sekiranya menjual vitamin tersebut, apa yang pelanggan anda dapat apabila membeli dan menggunakannya.
#5 Cepat Bertindak
Buat satu promosi yang mempunyai had masa, jangan tunggu stok produk tiada baru nak tutup.
#6 Panggilan Tindakan
Menyediakan 'panggilan tindakan' untuk memberitahu bakal pelanggan anda apa yang mereka perlu lakukan untuk mereka menerima tawaran anda. Terangkan dengan jelas, ini kerana mereka tidak tahu apa tindakan yang perlu mereka lalukan.
#7 Senarai target
Jika anda merancang menghantar emel atau whatsapp, anda perlu tahu:
Apakah hubungan anda dengan senarai target?
Adakah senarai pelanggan ini update?
Bilakah kali terakhir anda menghubungi mereka?
Jawapan anda akan memberi anda petunjuk mengenai kesediaan menerima senarai sasaran anda untuk mesej anda.
#8 Kreatif
Anda perlu bekerja keras memerah otak bagi menonjolkan produk anda, ini kerana ramai peniaga yang sedang bersaing. Tunjukkan sesuatu yang kreatif yang dapat memujuk pelanggan anda untuk tahu produk tersebut.
#9 Ujian
Jangan tergesa-gesa sebelum anda menjalankan iklan atau promosi. Ada perlu lihat dan bertanyakan pada orang sekeliling anda apa yang dia rasa bila tengok promosi sebegini.
#10 Rekod Hasil
Rekodkan cara pemasaran anda. Merekod dan mengukur keputusan akan membolehkan anda untuk menentukan cara yang terbaik strategi pemasaran untuk target pelanggan-pelanggan anda.