-->

Pemandu Uber & Grab Meroyan Di KLIA



Sering kali kita dengar pemandu-pemandu Uber & Grab meluahkan rasa tidak puas hati dengan kadar bayaran yang diterima dari syarikat tersebut. Kebanyakan mereka adalah full time driver yang mencari rezeki dengan sistem tersebut.

Trip di area KLIA semakin mencabar bagi mereka, ini kerana terlampau ramai pemandu yang duduk menunggu rider. Ada yang tunggu sehingga 24 jam tetapi masih tidak dapat ping dari rider. Memang menyedihkan. Adakah ia salah syarikat atau teknik driver tersebut yang tidak betul.

Sanggup tidur di KLIA walaupun perjalanan ke rumah hanya 10-30minit sahaja. Pemandu mana yang tidak meroyan, tunggu seharian tetapi tiada rider. Selain itu, didapati ada juga yang mengkaji bagaimana sistem tersebut berfungsi di KLIA. Ada yang dapat request banyak, ada yang tidak dapat langsung. 

Sekiranya, anda ingin menjadi fulltime driver, cuba kaji selidik dahulu. Memang ada pemandu yang capai pendapatan sehingga RM3000 seminggu. Tetapi kita tidak tahu bagaimana mereka melakukan pekerjaan tersebut.

Admin harap, ada yang menubuhkan persatuan pemandu untuk Grab / Uber untuk menjadikan ia sebagai platform bagi mendapatkan keistimewaan yang sepatutnya mereka dapat.

Share
Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.

LATEST ARTICLES