-->

Kerja Bagi Mencari Sesuap Nasi, Seliter Minyak

Dalam beberapa tahun ini, keadaan ekonomi negara kian meningkat, taraf hidup semakin tinggi dan harga minyak semakin naik.



Kalau dahulu nenek moyang kita bekerja mencari sesuap nasi, kita dan cucu cicit pula mencari seliter minyak. Kalau pak arab menggali minyak untuk dijual, kita mencari duit untuk membeli.

Bukan semua kawasan kediaman yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Kadang kala kita terasa tersepit apabila start enjin. Sebagai orang bandar, minyak dan tol tidak dapat dipisahkan.



Bila berita umum pasal minyak naik esok hari, berpusu-pusu manusia pergi ke stesen petrol. Jika kita lihat sudah menjadi satu upacara meraikan kenaikan harga minyak.
(Dah mcm raya)



Banyak juga syarikat yang mengambil kesempatan apabila kenaikan harga. Menjual produk (scam) yang kononnya dapat menjimatkan minyak.

Kita perlu lebih berhati-hati, duit sudah habis di atas jalan raya, habis pula dengan beli produk palsu. Banyakkan mencari info di internet sebelum membeli sesuatu produk.


Salam satu liter.



Share
Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.

LATEST ARTICLES