-->

8 Perniagaan Yang Gagal Sebelum Berjaya


Kebanyakan ahli perniagaan yang terkenal di seluruh dunia pada masa kini memulakan bisnes mereka dengan susah.

Henry Ford

1. Henry Ford: 

Walaupun pada hari ini Ford terkenal dengan salah satu barisan inovatif bagi pemasangan dan kereta buatan Amerika. Ia bukanlah satu kejayaan yang datang dengan mudah.
Beliau telah gagal sebanyak 5 kali sebelum dia memiliki Syarikat Ford Motor.



Macy's Store

2. R. H. Macy: 

Ramai orang yang tahu Macy adalah satu kedai yang besar menjual pelbagai barang di US. Beliau gagal sebanyak 7 kali sebelum menjadi syarikat yang besar di Bandar New York.








3. F. W. Woolworth: 

Woolworth adalah satu pasaraya besar yang berada di US, tidak ramai yang tahu akan nama ini kecuali di US. Sebelum dia memulakan bisnes sendiri, dia bekerja di sebuah
kedai yang menjual barang kering. Boss kepada woolworth melarang dia berinteraksi dengan pelanggan atas alasan dia lembap.





4. Soichiro Honda: 

Honda salah satu multi-bilion dollar bisnes yang bermula dengan beberapa siri kegagalan sebelum berjaya. Beliau ditolak oleh Toyota Motor Corporation semasa interview bagi jawatan jurutera dan menganggur beberapa lama. 
Beliau mula membuat skuter sendiri di rumah, dan didorong oleh jiran-jiran beliau, akhirnya memulakan perniagaan sendiri.








5. Akio Morita: 

Anda mungkin tidak pernah mendengar daripada Morita tetapi anda pasti mendengar tentang syarikatnya, Sony. Produk pertama Sony adalah periuk nasi yang malangnya tidak masak dengan betul seakan-akan hangus.

Jualan periuk nasi tersebut kurang daripada 100 unit. Cabaran ini tidak menghalang Morita dan rakan-rakannya, kerana mereka ditolak ke hadapan untuk mewujudkan sebuah syarikat bernilai berbilion dolar.








6. Bill Gates: 

Gates tidak kelihatan seperti golongan untuk orang yang berjaya selepas tercicir daripada Universiti Harvard. Traf-O-Data yang gagal adalah perniagaan pertama bersama temannya Paul Allen. Walaupun idea awal ini tidak berfungsi, ia bukan penghalang bagi Gates yang kemudiannya mewujudkan empayar global iaitu Microsoft.




7. Harland David Sanders: 

Mungkin lebih dikenali sebagai Kolonel Sanders kemasyhuran Kentucky Fried Chicken, Sanders mempunyai masa yang sukar menjual ayam pada mulanya. Malah, resipi ayam rahsianya terkenal ditolak 1,009 kali sebelum restoran menerimanya.






8. Walt Disney: 

Hari ini Disney menjana berbilion-bilion dolar dari hasil barang dagangan, filem dan taman tema di seluruh dunia, tetapi Walt Disney sendiri mempunyai sedikit permulaan yang susah. Beliau dipecat oleh editor akhbar kerana, "dia tidak mempunyai imaginasi dan tidak mempunyai idea-idea yang baik."

Selepas itu, Disney memulakan beberapa perniagaan yang tidak bertahan terlalu lama dan berakhir dengan kebankrapan dan kegagalan. Dia tetap mencuba beberapa kali untuk menaikkan nama dan akhirnya menjumpai resipi untuk kejayaan perniagaannya.




11 Benda Hanya Budak 90an Sahaja Yang Tahu


Bagi yang membesar pada 90an mesti masih ingat permainan, barang-barang, cerita yang ditonton pada ketika itu. 
Sekarang ini, semua budak membesar dengan tablet (ipad, tab), smartphone (android / iphone), youtube dan lain-lain. Sebagai contoh di appstore / playstore sudah ada macam-macam benda yang boleh di download untuk bermain.

Contoh-contoh benda paling awesome pada era 90an.


1) Digimon

Benda paling rare yang selalu kene rampas bila bawa ke sekolah.


2. Proyo

Masing-masing nak tunjuk skill proyo tu boleh berjalan atas lantai.

3. Tenteng

Tidak kira lelaki ke perempuan ke semua suka main tenteng, sebab itu kalau tengok budak 90an punya kaki semua tough

4. Walkman

Kebanyakan budak-budak poyo bawa pergi sekolah, Dengar lagu favorite katanya.Zaman-zaman n'sync, britney spears, westlife naik.

 5. Tora Datang Lagi


Kalau boleh setiap minggu nak beli kotak ni, konon-konon ada permainan misteri yang kita boleh dapat. Ada satu permainan + sebungkus coklat.

6. Lawan Tutup Botol



Berkecing-kecing dalam poket seluar, kalau tak pun dalam beg sekolah

7. Game Sega (Kaset)

Salah satu game yang awesome selepas kontra dan super mario
Legend, sekarang semua pakai tab/phone kalau nak main game.


8. Konda Kondi

Ingat lagi masa sekolah, waktu rehat je semua korek lubang sebab main benda alah ni, habis baju kotor, balik kene tiaw.

9. Lawan Pemadam

Minta mak ayah duit nak beli pemadam, setiap hari minta duit sebab nak beli pemadam, Check beg sekolah tengok penuh pemadam dalam beg. Buku entah kemana.


10. Dash Yankuro


Zaman kegemilangan budak lelaki, pergi sekolah sibuk cerita pasal enjin, tayar, body tu body ni. Time tu pula ada cerita kartun pasal benda alah ini.

11. Usop Sontorian (Legend)

Kalau tak tengok cerita ni memang tak sah, cerita paling legend selepas keluang man dengan doraemon.


Kalau nak disenaraikan semua memang banyak lagi benda, bukan yang ini sahaja, 






Firaun Ramses II - Dr. Yahya Maurice Bucaille


Kajian Terhadap Ramssess II

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari, mengkaji dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II iaitu firaun yang mati tenggelam dalam laut merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda. Tawaran itu disambut baik, lalu mesir membenarkan mumia Ramsess di terbangkan ke Paris.

Setibanya di Paris mumia itu di sambut dengan penuh meriah sebelum ditempatkan diruang khas Pusat Arkeologi Perancis. Disitu menanti para pakar, doktor bedah dan pakar autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal iaitu Prof. Dr. Maurice Bucaille untuk menyiasat punca kematian Ramsess II.


Pakar Mula Mengkaji

Doktor Bucaille merupakan seorang pakar bedah Perancis yang dilahirkan di Pont - L' Eveque pada 19 Julai 1920. Pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar dibidang gastroenterologi. Khidmat Dr. Bucaille, banyak digunakan oleh kenamaan Perancis termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Dengan pengalaman dan kehebatannya Dr. Bucaille yakin mampu membongkar misteri disebalik penyebab kematian Ramsess II itu.

Setelah dikaji hasilnya sangat mengejutkan. Dr Bucaille menjumpai sisa sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Ini bukti terbesar bahawa firaun itu mati akibat tenggelam didalam laut. Ini bermakna jasad Ramsess II telah di keluarkan dari laut, sebelum diawet menjadi mummia supaya jasad itu kekal. 



Persoalan Dr Bucaille

Tapi penemuan itu menimbulkan persoalan besar kepada Dr. Bucaille bagaimana jasad tersebut masih berkeadaan sangat baik berbanding jasad - jasad yang lazimnya tenggelam dan di keluarkan dari laut? tanpa berlengah Dr. Bucaille menyiapkan sebuah lapuran akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya . 

Laporan itu diterbitkan dengan tajuk : Les Momies Des Pharaons Et La Midecine ( Mumia Firaun : Sebuah Penelitian Perubatan Moden ). Hasil laporan itu, Dr. Bucaille telah menerima anugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes ( Penghargaan Dalam Sejarah ) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakannya sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini !." Kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille. 


Tidak Diterima Akal

Baginya membongkar sesebuah misteri lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan menggunakan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih. Kawannya terus bercerita bahawa al-Quran yang diyakini dan menjadi pegangan umat islam telah pun menceritakan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. 

Kata-kata itu sekali lagi menimbulkan persoalan kepada Dr.Bucaille, adakah ia dapat diterima akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. 


Mengkaji Al-Quran & Kitab Injil

Tapi al-Quran telah ada ditangan umat islam sejak ribuan tahun sebelumnya. "Apakah masuk akal dihadapanku ini Firaun yang cuba menangkap Musa ( Nabi ) ? Apakah masuk akal Muhammad ( Nabi ) mengetahui hal sejarah ini ? padahal kejadian Firaun mengejar Musa berlaku sebelum al-Quran diturunkan," kata hati kecilnya.

Akibat masih tidak berpuas hati, Dr. Bucaille mendapatkan kitab injil. Tapi didalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam ditengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Dia menyelak pula Kitab Perjanjian Lama ( Injil Lama ). Tapi kitab itu hanya menceritakan; "Air ( laut ) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta ( Chariot ) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu. " ( Exodus 14:28 dan Psalm 136:15 ). 



Dr Bucaille semakin bingung kerana pencariannya belum berhasil. Apa seterusnya yang terjadi kepada mayat Firaun selepas tenggelam masih belum ditemuinya. Selepas mumia dikembalikan ke Mesir, Dr. Bucaille terus berjumpa dengan para ilmuwan islam untuk mengetahui sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera dibelakang mereka.


Berjumpa Dengan Ilmuan Islam

Maka salah seorang ilmuan islam yang ditemuinya telah membacakan surah Yunus, ayat 92, berhubung kisah Firaun yang tenggelam itu. " Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau ( hai Firaun ) terlepas dengan badanmu ( yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut ), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang dibelakangmu ( supaya mereka mengambil iktibar ).

Dan ( ingatlah ) sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripada ( memerhati dan memikirkan ) tanda-tanda kekuasaan Kami!" ( Yunus : 92 ). Apabila mendengar ayat itu, Dr. Bucaille terkedu. Hatinya benar-benar tersentuh. Al-Quran telah menjelaskan bahawa jasad Firaun tidak reput ditelan laut sebagai peringatan kepada umat seterusnya. 


Kebenaran Ayat Quran Diakui Oleh Dr.Bucaille

Akhirnya Dr. Bucaille mengakui kebenaran ayat tadi kerana ia logik, dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Tanpa berlengah dengan hati yang begitu bergetaran menahan sebak dan terharu Dr. Bucaille bangun.

Dengan suara lantang, Dr. Bucaille bersuara : " Sesungguhnya aku masuk islam dan beriman dengan al-Quran ini ." Selepas pulang ke Perancis, Dr.Bucaille terus mengkaji al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, The Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. 

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang telah menukar namanya kepada Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta - fakta sains sementara kitab injil adalah sebaliknya.


Sains Dan Al-Quran

Sains dan islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. " al-Quran yang didalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,' luahnya.